Keluarga Rothschild
Keluarga Rothschild

Keluarga Rothschild

Keluarga Rothschild (atau Kerabat Rothschild,[1] atau lebih ringkas sebagai Rothschilds) adalah sebuah keluarga Eropah yang berasal dari Yahudi Jerman yang mengasaskan syarikat-syarikat perbankan dan kewangan di Eropah pada akhir kurun ke-18. Lima garis cabang keluarga dari Austria telah diangkat menjadi bangsawan Austria, dan diberi warisan sebagai baron oleh Maharaja Francis II dari Empayar Habsburg pada tahun 1816. Cabang keluarga di Britain pula diangkat menjadi bangsawan dengan permintaan dari Ratu Victoria.[2][3] Adalah dipercayai semasa kurun ke-19, keluarga ini memiliki harta kekayaan peribadi terbesar di dunia dan juga terbesar di dalam dunia moden pada hari ini.[3][4][5]